Monday, August 22, 2011

MAKAN MALAM TABUNG DANA PENDIDIKAN


DUPN Terengganu Anjur Program Isi Tabung Dana Pendidikan

Kuala Terengganu, 19 Ogos 2011 - Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu (DUPN Terengganu) meneruskan peranan sebagai agen utama menyemarakkan lagi kepentingan pendidikan Islam di kalangan seluruh rakyat Terengganu.

Kesungguhan ini terserlah melalui program-program dan aktiviti-aktiviti yang di jalankan sepanjang penubuhan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu di negeri ini sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, DUPN Terengganu telah berjaya menganjurkan program makan malam untuk mengisi tabung Dana Pendidikan DUPN Terengganu. Ianya merupakan siri kedua yang diadakan dalam usaha mengumpul dana tabung tersebut. Sebelum ini, siri pertama telah diadakan pada 29 April 2011 di Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu.

Pada kali ini, program siri kedua ini telah diadakan di Rumbia Resort, Paka Dungun. Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu dari PAS Pusat iaitu Setiausaha Agungnya, Dato' Haji Mustaffa Ali.

Pihak DUPN Terengganu yang dihubungi juga turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh para penyumbang yang telah menghulurkan derma dan sumbangan dalam usaha membentuk dan membina sebuah masyarakat yang diredhai oleh Allah s.w.t dengan harapan mudah-mudahan mereka yang memberikan sumbangan samada secara langsung ataupun tidak langsung diberikan pahala dan rezeki di dunia dan diakhirat yang berlipat ganda.

0 comment:

Post a Comment