SOLAT HAJAT PERDANA SELURUH NEGARA


Solat Hajat Perdana Seluruh Negara

Parti Islam Semalaysia Pas mengarahkan semua ahli seluruh negara melaksanakan solat hajat pada 14/4/2011 Khamis malam Jumaat untuk kemenangan calon Pas dan Pakatan Rakyat di Sarawak. Ini adalah jalan yang terbaik bagi pejuang agama Allah supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon Pas dan petugas Pas di Sarawak.

Kita perlu memohon kepada Allah semoga pintu hati pengundi terbuka untuk menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Alhamdulillah petugas Pas dan PR menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan perubahan politik di Sarawak.

Semua penyokong Pas di seluruh negara mohonlah kepada Allah agar keselamatan petugas-petugas Pas selamat menjalankan tugas sepanjang pilihanraya, InsyaAllah. Nampaknya bunga-bunga kemenangan sudah nampak, penerimaan masyarakat tempatan walaupun berlainan agama dan budaya. Pas sudah tidak asing lagi kepada mereka, terutama generasi muda.

IDRIS BIN AHMAD
Ketua Penerangan PAS Pusat
Read More

RAKYAT SARAWAK AKAN BUAT PERUBAHAN


Rakyat Sarawak Akan Buat Perubahan

KUALA TERENGGANU PAS mendedahkan bahawa rakyat Sarawak akan membuat perubahan dalam pilihan raya negeri itu, 16 April ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pengakuan tersebut datang daripada kebanyakan pengundi yang ditemui ketika memberi pendapat mengenai pilihan mereka pada hari pengundian.

Beliau turut menyifatkan semangat rakyat Mesir, Tunisia dan Libya sudah sampai di negeri itu.

“Mereka mahukan perubahan dan tidak kisah siapa bertanding asalkan ada calon pembangkang yang bertanding,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Pas Terengganu akan berkampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang dalam Parlimen Kota Samarahan.

Ariffin berkata, seramai 100 orang diturunkan ke negeri itu pada satu-satu masa sehingga menjelang hari pengundian.

Ariffin yang berada di sana ketika dihubungi memberitahu bahawa calon pembangkang yang diletakkan di Muara Tuang kelak mempunyai potensi untuk menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN).

“Di Muara Tuang, seramai 49.8 peratus adalah Cina dan 49 peratus lagi Melayu.

“Kita melihat perkembangan pengundi bukan Melayu amat menggalakkan dan jika majoritinya mengundi, ditambah dengan separuh sokongan Melayu, kita boleh menang,” katanya.-SH
Read More